:: Kami Antidadah ::

DADAH DURJANA!
DADAH MEMBUNUH!
JADIKAN NEGARA BEBAS DADAH SATU REALITI!

Monday, September 6, 2010

:. Program Bersama Ahli Parlimen .:


program bersama ahli parlimen..
Dato` Halimah Sadiuqe..

majlis dijalankan di Masjid Felda Sungai Sayong..
alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..

Dato' juga mesra dan ramah orangnya..






Tuesday, August 24, 2010

:. Program Pameran Bas Bergerak .:


Program pameran bas bergerak!!.... syok sangat.. dikerumuni dengan pelajar2 sekolah yang cute mute.... tq juga pada guru-guru di Sek.Men.keb Laksamana..... best!!!!




Sunday, August 22, 2010

:: Program Antidadah Di Kejora Kota Tinggi ::



KEJORA KOTA TINGGI ( 04 Ogos 2010 ) :
Kedatangan kami di KEJORA Kota Tinggi di sambut mesra dengan kakitangan di sana.
Berhadapan dengan semua kakitangan mereka yang kira-kira 300 orang kami berasa kagum melihat sikap kerjasama mereka.
Semua kakitangan di sana amat mengambil berat mengenai bahaya dadah di kawasan tempat kerja mereka. Semoga ini akan menjadi contoh bagi jabatan-jabatan lain. Usaha membasmi dadah hendaklah mendapat sokongan dari semua pihak bukan dari agensi tertentu sahaja. Bersama membasmi dadah!!


Friday, August 20, 2010

:: Nenek Tua Setia Dengan Suami Muda Walaupun Penagih ::


Cinta itu membuatkan kita buta.
Kata orang buta mata kerana cinta.
Cinta juga tak kenal usia.



Begitulah yang terjadi pada pasangan suami isteri ini yang sedang hot diperkatakan sekarang.
Mek Wook yang sudah berusia 108 tahun berkahwin dengan seorang lelaki muda berusia 38 tahun.


Pada asalnya si lelaki ni niatnya bagus mahu menyara dan menjaga isterinya yang sebaya neneknya itu tetapi terbalik pula yang terjadi kini.
suami yang dicintai itu rupanya penagih.
baru sahaja bebas daripada pusat serenti setelah setahun di sana telah ditangkap atas kesalahan dadah sekali lagi.
ermm.. sapa yang jaga sapa sekarang ni?
si nenek ni punyalah sayang sampai sanggup jamin si suami..
tapi apa nak di kata kerana cinta kita jadi buta..

aku kata : Dadah mampu membunuh Cinta !!

:: Desaru Golden Beach Resort ::




DESARU GOLDEN BEACH RESORT,DESARU KOTA TINGGI (28hb Julai 2010) :

Pada bulan Julai yang lalu satu Program Tempat Kerja Bebas Dadah telah dijalankan di Desaru Golden Beach Resort. Terima kasih kepada pihak pengurusan di sana yang melayan kami dengan baik. Semua ketua penyelia di resort tersebut telah menghadiri taklimat tempat kerja bebas dadah tersebut.

Kedatangan kami yang diwakili oleh En Yazid, Pn Normah dan En Azrul rasanya telah dapat menyampaikan maklumat tentang dadah kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Sekalung terima kasih buat bahagian pengurusan Desaru Golden Beach Resort.






:: Drug? @ Apa Itu DADAH ? ::


DEFINISI DADAH

Dadah ialah bahan kimia yang memberi kesan kemudaratan ke atas pemikiran (psikoaktif), fizikal, emosi dan tingkahlaku.



CIRI-CIRI DADAH


  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas system saraf

  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan.

  • Diperolehi dan digunakan secara haram.

  • Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal.

  • Mendatangkan kesan buruk dan bahaya kepada kesihatan serta fungsi sosial individu.


:: KILANG FLAIRIS KOTA TINGGI ::


KILANG FLAIRIS, KOTA TINGGI ( 12hb Julai 2010 ) :

Lawatan pihak kami ke kilang Flairis Kota Tinggi pada bulan julai yang lalu untuk menjayakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah telah di sambut baik dengan kakitangan di sana. Puan Hazurah enyampaikan taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah sambil dibantu dengan Cik Hasnida.
Program berjalan dengan lancar atas kerjasama pihak pentadbiran di kilang tersebut. Harapan pihak kami syarikat tersebut akan mendapat sedit ilmu dengan kedatangan kami pada hari tersebut.